Ketua mafia ditangkap

8 Dec 2011

ROME: Polis Itali semalam menangkap ketua paling kanan kumpulan mafia Camorra selepas menggali tempat persembunyiannya di bawah tanah berhampiran Naples, semalam. Ia sekali gus mengakhiri gerakan memburunya selama 16 tahun. 

Biar Diri Di baham Ikan Piranha

LA PAZ: Seorang remaja dipercayai membunuh diri selepas terjun ke dalam sungai yang penuh dengan piranha, ikan yang memakan daging.

RUU Perhimpunan Aman jadi sasaran pelapor khas PBB


NONE
Kumpulan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan bahawa rang undang-undang baru itu bukan sahaja menghadkan hak berhimpun secara aman, termasuk demonstrasi jalanan, tetapi juga akses bersyarat kepada pihak media di perhimpunan awam.

Pendapatan RM3,000 Layak Tuntut RM 500

Ketua keluarga boleh mohon jika di bawah kategori

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah dan memperoleh pendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000 dikategorikan sebagai isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Parti Ikhwanul Muslimin menang besar

KAHERAH: Parti politik pergerakan Ikhwanul Muslimin semalam berkata, mereka menang majoriti kerusi dalam pilihan raya kedua Mesir yang memberikan parti itu sekurang-kurangnya 40 peratus kerusi di Parlimen.

Barcelona Unggul

MADRID: Juara bertahan Barcelona tetap hebat meskipun hanya menurunkan skuad simpanan ketika menewaskan BATE Borisov 4-0 di Nou Camp dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kedudukan di tempat teratas Kumpulan H sudah menjadi milik mereka.

Wanita Saudi semakin kaya

7 Dec 2011

Aset persendirian di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan RM125.6 bilion
RIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion).
Sebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion). 

Ahli perniagaan nafi sebut cinta

Zaleha mengaku rapat dengan Jalani Sidek
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Zaleha Mohd Khalid, 47, menafikan mengeluarkan perkataan ‘cinta’ berkaitan hubungannya dengan bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek, 48, seperti pendedahan dalam Berita Minggu, Ahad lalu, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka sebagai teman rapat. 

Lelaki rogol isteri ahli perniagaan diburu

KUANTAN: Seorang lelaki diburu selepas satu laporan polis dibuat seorang ahli perniagaan yang mendakwa isterinya dirogol lelaki terbabit, di sebuah hotel di Jalan Air Putih di sini, pada 17 Oktober lalu.

Indonesia gagal ubati duka diaib Malaysia

2 Dec 2011

JAKARTA: Selepas kecewa dua kali gagal menundukkan seteru jiran, Malaysia dalam dua final berturut-turut - Piala AFF Suzuki 2010 dan Sukan SEA 2011 - Indonesia yang dibarisi pemain terbaiknya cuba mencari penawar dengan menentang kelab popular Amerika Syarikat, LA Galaxy kelmarin yang berkesudahan tuan rumah tewas 1-0.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...